Diploma in Shariah Legal Practice (DSLP)

Diploma in Shariah Legal Practice (DSLP)

Postgraduate

Pendahuluan

Program Diploma pascasiswazah ini menggabungkan pengetahuan substantif dan prosedural dengan kemahiran professional dan advokasi yang diperlukan oleh pengamal undang-undang dan peguam Syari’e di Malaysia. Diploma ini dibentuk khusus dengan tujuan melahirkan pengamal undang-undang Syari’ah yang berkemahiran serta berkemampuan memahami, menganalisis dan menyelesaikan masaalah-masaalah berkaitan dengan undang-undang Syari’ah yang dikemukakan oleh mana-mana pihak yang memerlukan perkhidmatan mereka. Proses pembelajaran dan latihan program ini dipermudahkan dengan akses kepada system pangkalan data undang-undang yang ekstensif dan perpustakaan undang-undang yang lengkap.

Modul
  • Sistem Perundangan Islam
  • Sistem Undang-Undang Malaysia
  • Instrumen Perancangan Harta Islam & Pentadbiran Pesaka
  • Undang-Undang Jenayah Islam
  • Undang-Undang Keterangan Islam
  • Kepeguaman & Etika
  • Undang-Undang Keluarga Islam
  • Isu Undang-Undang Perlembagaan
  • Prosedur Jenayah Mahkamah Syariah
  • Prosedur Mal Mahkamah Syariah
  • Undang-Undang Muamalat dan Pelaksanaannya
Tempoh Pengajian

Separuh Masa: 1 1/2 tahun

Syarat Kelayakan Masuk
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian [LL.B (Kepujian)] dari universiti tempatan yang diiktiraf oleh UIAM; atau
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah atau setaraf dengannya dari mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh UIAM; atau
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari universiti yang diiktiraf oleh UIAM dan Sijil Amalan Undang-Undang (CLP); atau
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh UIAM; dan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.

Student Affair

Interested in Diploma in Shariah Legal Practice (DSLP) ?

APPLY ONLINE
  or  
CONTACT US