OFFICE OF SECURITY MANAGEMENT (OSeM)

OFFICE OF SECURITY MANAGEMENT (OSeM)

Roles & Functions of OSeM

Roles & Functions of OSeM


Roles & Functions of OSeM




ROLES AND FUNCTIONS OF OSeM



POLIS BANTUAN UIAM

Seseorang anggota Polis Bantuan apabila menjalankan tugas-tugas polis dalam kawasan–kawasan yang ditetapkan hendaklah mempunyai kuasa yang sama dan hendaklah tertakluk kepada pihak berkuasa yang sama seperti seseorang pegawai polis yang setaraf pangkatnya. 

Polis Bantuan adalah ditugaskan dalam kawasan majikannya bagi tugas-tugas polis seperti berikut:  


1. Rondaan, bit dan kawalan statik. 

2. Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan. 

3. Melindungi dan mengiring harta majikan. 

4. Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah. 

5. Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah.         


Kuasa Polis Bantuan  Kanun Keseksaan (Akta 574) – Suatu akta yang berhubung dengan kesalahan jenayah, definisi kesalahan jenayah, jenis dan tempoh hukuman yang dikenakan. 

Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) – Suatu akta berhubung dengan peraturan-peraturan dan tatacara berkaitan jenayah, meliputi tangkapan, penyiasatan, prosedur mahkamah dan lain-lain peraturan yang dikuatkuasakan berhubungkait dengan prosedur jenayah. 

Akta Polis 1967 (Akta 344) – Suatu akta berhubung dengan organisasi, disiplin, kuasa-kuasa dan tugas Polis DiRaja Malaysia dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya. 

Akta keterangan 1950 (Akta 56) – Suatu akta bagi menentukan proses pelaksanaan dan pengumpulan keterangan. 

Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO/PTKPN) – A 501 (Penubuhan Polis Bantuan) 

Undang-undang Am – Undang-undang yang termaktub dan digunapakai dalam persekutuan. 

Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) – Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai pengawalseliaan kenderaan-kenderaan motor dan lalu lintas.