IIUM PRESS

IIUM PRESS

SEMINAR PENTERJEMAHAN KEBANGSAAN (SPK)

Contact Info


IIUM Press

International Islamic University Malaysia (IIUM)

Jalan Gombak, Kuala Lumpur

P.O. Box 10

50728 Kuala Lumpur

 

Tel : 603-6421 5018 / 5014

Fax: 603-6421 6298


FOLLOW US: iiumpress

iium_press
iiumpress
Video IIUMPress
pressiium

Visitor:

Click to see detail of visits and stats for this site


SEMINAR PENTERJEMAHAN KEBANGSAAN (SPK)


PENGENALAN

Bersempena dengan Kuala Lumpur World Book Capital 2020 (KLWBC2020), IIUM Press telah melaksanakan Projek Buku Terjemahan IIUM sejak Jun 2019 dan ideanya adalah untuk menterjemah dan menerbitkan buku dari pelbagai negara dan bahasa bagi menyediakan lebih banyak bahan bacaan kepada semua peringkat umur. Projek ini telah dirasmikan oleh YB Dato ’Sri Dr. Santhara J.P., Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 27 Ogos 2020 di Mayor’s Courtyard, Jalan Tangsi KLWBC2020, Kuala Lumpur.  Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Bengkel Terjemahan, Sesi Bual Bicara Buku Atas Talian dan Jerayawara IIUM Press. Penganjuran aktiviti ini telah menunjukkan kemampuan penterjemah untuk menterjemahkan buku dalam pelbagai genre dan bahasa. Seminar ini akan diadakan dalam bentuk kertas pembentangan mengikut sesi selari yang ditetapkan dan para peserta akan diberi peluang untuk sesi soal jawab. Buku kertas pembentangan juga akan diterbitkan oleh IIUM Press.


TEMA

"Pengalaman dan Cabaran Mutakhir Penterjemahan di Malaysia"


OBJEKTIF

i)Untuk menyediakan platform kepada penterjemah untuk berdebat, bertukar pendapat dan berkongsi idea, pengetahuan, pengalaman dalam kerja-kerja penterjemahan bagi meningkatkan kualiti terjemahan.

ii)Untuk melahirkan lebih ramai penterjemah yang mempunyai kemahiran terjemahan merangkumi semua aspek pengetahuan dalam bidang terjemahan.

iii)Untuk menerbitkan lebih banyak karya terjemahan dalam pelbagai genre sebagai bahan bacaan kepada masyarakat dan pasaran global.


SKOP PEMBENTANGAN

  • Terjemahan dan budaya
  • Terjemahan dan etika
  • Teknologi terjemahan
  • Terjemahan cerita rakyat
  • Terjemahan buku agama
  • Terjemahan biografi
  • Tema - tema lain yang berkaitan dengan bidang penterjemahan


TENTATIF PROGRAM: SEMINAR PENTERJEMAH KEBANGSAAN [SPK]


TARIKH PENTING

Penyerahan Abstrak                                      : 3 Februari 2021 (Rabu)

Pengesahan Penerimaan Abstrak                   : 10 Februari 2021 (Rabu)

Penyerahan Kertas Kerja Penuh                     : 26 Februari 2021 (Jumaat)

Tarikh Seminar                                              : 27 Mac 2021 (Sabtu)


PENDAFTARAN


i) Pembentang: http://bit.ly/spk-pendaftaranp...

ii) Peserta: http://bit.ly/spk-pendaftaranp...


PENGHANTARAN ABSTRAK
http://bit.ly/spk-penghantaran...

PENGHANTARAN KERTAS KERJA PENUH
http://bit.ly/spk-penghantaran...






YURAN

RM100.00

*Peserta/Pembentang akan menerima sijil dan naskhah buku kertas seminar yang akan diterbitkan.


BAYARAN

Bayaran boleh dibuat melalui cek/kiriman wang pos/draf bank di atas nama:

UIAM OPERATING ACCOUNT

BANK MUAMALAT (M) BERHAD

1407-000-000-471-6


Maklumat penuh Seminar Penterjemah Kebangsaan (SPK) boleh dimuat turun melalui pautan seperti dibawah:

 

GARIS PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA PENUH

GARIS PANDUAN ABSTRAK

TEMPLAT ABSTRAK

TEMPLAT KERTAS KERJA PENUH