Berita

Berita

UIAM semarak sambutan Hari Kebangsaan, lebih istimewa kali ini bersama Rektor UIAM yang baharu dilantik

UIAM semarak sambutan Hari Kebangsaan, lebih istimewa kali ini bersama Rektor UIAM yang baharu dilantik

Tarikh : 30 August 2018

Dilaporkan Oleh : dsh

Kategori : News


Share

https://kampusuols.com/uploads/images/2018/08/30/32927.jpeg

ROSLAN ROSLY, UIAM
30 August 2018

GOMBAK - Bersempena dengan kedatangan hari kebangsaan negara pada 31 Ogos ini, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tidak melepaskan peluang daripada menganjurkan program semarak sambutan hari kebangsaan yang berlangsung di Pusat Kebudayaan UIAM Kampus Gombak di sini, hari ini.

UIAM

Rektor UIAM, Tan Sri Prof. Dzulkifli Abdul Razak menerima
Jalur Gemilang dari Pegawai Polis Bantuan UIAM sebagai simbol gimik
pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat UIAM.

Turut hadir pada sambutan kali ini ialah Rektor UIAM yang baharu dilantik pada awal Ogos lalu iaitu Tan Sri Prof. Dzulkifli Abdul Razak dan turut merasmikan sambutan bulan hari kebangsaan peringkat UIAM.

Sambutan semarak hari kebangsaan peringkat UIAM ini dianjurkan setiap tahun untuk melahirkan rasa cinta kepada negara dan ia juga sebagai salah satu acara simbolik untuk warga UIAM bersama-sama menyambut hari kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi.

9AE891EF-F560-4149-B0B3-214A0D186AF6

Rektor UIAM bersama warga UIAM menyanyikan lagu patriotik pada majlis sambutan hari kebangsaan peringkat UIAM.

Menurut Rektor UIAM, Tan Sri Prof. Dzulkifli ketika ditemui beliau berkata, objektif sambutan semarak kemerdekaan adalah untuk memberi kesedaran dan bersama-sama meraikan sambutan tersebut menjelang tanggal 31 Ogos nanti.

“Warga UIAM ini terdiri dari pelbagai negara baik kakitangan dan para pelajarnya oleh itu dengan mengadakan majlis sambutan semarak kemerdekaan ini ia sedikit sebanyak dapat menunjukkan semangat patriotik kita warga UIAM dan dalam masa yang sama ia dapat mendidik para pelajar mengenai hal cintakan kepada negara dan sayangi negara kita," katanya.

6AB8C624-D552-4B10-9388-8DD6248DF71C

Dekorasi Jalur Gemilang

Sepanjang bulan Ogos ini, banyak aktiviti yang dijalankan oleh UIAM untuk memeriahkan lagi sambutan, antara yang dianjurkan ialah kempen kibaran jalur gemilang di setiap jabatan, asrama kediaman dan di setiap kulliyyah (fakulti). Selain itu juga turut diadakan pertandingan koir lagu patriotik untuk kakitangan UIAM.

Larian senamrobik

Program senam robik dan larian “Sayangi Malaysiaku”.

Para pelajar juga tidak terlepas daripada memberikan sokongan untuk memeriahkan lagi majlis sambutan kali ini. Turut dianjurkan ialah program senam robik dan larian “Sayangi Malaysiaku” yang terbuka kepada para pelajar dan kakitangan UIAM. Selain itu juga, turut di adakan ialah pameran kemerdekaan yang berlangsung di Perpustakaan Dar-Alhikmah UIAM Gombak.

Mural

Mural Kemerdekaan " Sayangi Malaysiaku"

Pada majlis yang sama, turut disampaikan beberapa hadiah pada mereka yang terlibat dalam beberapa pertandingan seperti pertandingan koir dan dekorasi jalur gemilang. Rektor UIAM menyampaikan hadiah-hadiah tersebut.

C877D270-D40F-414D-ADC1-187D7FD33C14

Dekorasi Jalur Gemilang dari Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (KAED) UIAM.

Hampir 1,000 orang warga UIAM hadir pada sambutan hari ini semarak kemerdekaan kali ini.

Turut hadir para dekan, pengarah dan pengurusan tertinggi dan kakitangan UIAM.