Berita

Berita

Semarak Hari Kebangsaan UIAM

Semarak Hari Kebangsaan UIAM

Tarikh : 28 August 2018

Dilaporkan Oleh : dsh

Kategori : News


Share

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melancarkan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat universiti itu bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut 31 Ogos ini.

Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak

Rektor UIAM, Prof. Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak berkata, ia dianjurkan pada setiap tahun untuk melahirkan rasa cinta kepada negara.

"UIAM menganggap sambutan ini sebagai simbolik untuk warga universiti menyambut Hari Kebangsaan yang akan tiba tidak lama lagi.

"Hampir 1000 warga UIAM hadir untuk menjayakannya," katanya ketika ditemui pemberita dekat sini hari ini.

Turut berlangsung penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan koir dan dekorasi jalur gemilang. - UTUSAN ONLINE


Read more: http://m.utusan.com.my/berita/...