Berita

Berita

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SELANGOR MERIAH

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SELANGOR MERIAH

Tarikh : 11 November 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share


Shah Alam - - Seramai 45 orang warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Kontinjen UIAM diketuai oleh Ustaz Mohamad Zaki Abdul Ghani,Pembantu Agama Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak.

Setiap pasukan yang menyertai berarak sejauh 2 kilometer dan berkumpul di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berkenan hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Stadium Malawati.

Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Objektif penyertaan kali ini ialah untuk sama-sama menyemarakkan sambutan hari kelahiran Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W dan turut sama menghayati perjuangan Baginda dalam menyebarkan luaskan syiar Islam.

Sambutan Maulidur Rasul adalah terjemahan rasa kasih sayang terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan kelahiran baginda adalah satu rahmat kepada seluruh alam

Ketua kontinjen Mohamad Zaki ketika ditemui berkata, semangat dan kerjasama rakan-rakan amat dihargai. Walaupun hari bercuti tetapi mereka semua tetap bersemangat untuk sama-sama menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

“Walaupun hari ini adalah cuti umum, namun semangat yang di tunjukkan rakan-rakan sangat baik kerana masing-masing ingin bersama-sama menyambut Maulidur Rasul dan mengenang segala jasa Baginda Nabi Muhammad S.A.W.”

Ini adalah penyertaan  untuk tahun ke-6 UIAM menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor dan pernah menyertai perarakan peringkat kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya pada tahun 2013.

Pada sambutan itu, seramai 3,850 peserta daripada 77 kontinjen membabitkan pelbagai jabatan dan agensi menyertai perarakan sejauh dua kilometer yang bermula di pintu gerbang Stadium Shah Alam.