الأخبار

الأخبار

PIDATO HABITAT 2019: PENDEBAT KDBM UIAM MERANGKUL JOHAN

PIDATO HABITAT 2019: PENDEBAT KDBM UIAM MERANGKUL JOHAN

التاريخ : 17 October 2019

المحرر : MUHAMAD ZAMIR BIN ZAINUL ABIDIN

الفئة : News


Share

Tahniah diucapkan kepada saudara Asyraf Hakimi dari Kulliyyah Perundangan Ahmad Ibrahim (AIKOL) yang juga merupakan ahli Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM (KDBM)
kerana telah berjaya diangkat sebagai Johan bagi Pertandingan Pidato
Habitat 2019 bagi kategori peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan
seterusnya membawa pulang hadiah kemenangan  berjumlah RM 3,000.00
(Tiga Ribu Ringgit Malaysia).

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia 2019 dengan bertema " Transformasi Sisa Pepejal kepada Sumber Kekayaan" pada 7 hingga 8 Oktober 2019 yang lalu yang berlansung di Dewan Kristal KPKT, Putrajaya.