الأخبار

الأخبار

MUIP hulur bantuan makanan percuma kepada 200 penuntut UIAM

MUIP hulur bantuan makanan percuma kepada 200 penuntut UIAM

التاريخ : 10 February 2021

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

MUIP hulur bantuan makanan percuma kepada 200 penuntut UIAM

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Pic/video Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Syukur dan ucapan  terima kasih sahaja dapat diluahkan 200 penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan yang menerima tajaan makanan percuma selama 20 hari.

Penuntut UIAM kampus Kuantan,Siti Nurbayani Abu Bakar (kanan) dan Nursyuhada Subri menerima makanan percuma yang disediakan MUIP.

  Setiap hari penuntut yang tinggal di asrama kini sedang melanjutkan pengajian dalam pelbagai jurusan menerima sarapan pagi, makan tengah hari dan malam bersama minuman yang disediakan tukang masak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Relief Agency (MRA).

Pengarah Kampus UIAM kampus Kuantan, Prof Dr Kamaruzaman Yunus mengagihkan makanan percuma kepada penuntut UIAM kampus Kuantan.f.

  Perbelanjaan sebanyak RM20,000 disediakan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menerusi bantuan prihatin penuntut berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

  Bagi Siti Nurbayani Abu Bakar, 23, sejak PKP bulan lalu semua penuntut UIAM hanya berpeluang menikmati makanan yang disediakan di kafe dalam kampus  selepas semua penuntut tidak dibenarkan keluar.

  “Bukan makanan di kafe tidak sedap tetapi apabila setiap hari menikmati hidangan yang hampir sama, kami ingin berasa masakan luar disediakan tukang masak profesional.

  “Setiap hari kami disediakan dengan hidangan yang berbeza bermula sarapan pagi, makan tengan tengah hari dan malam,” katanya selepas pelancaran bantuan makanan percuma oleh MUIP kepada penuntut UIAM kampus Kuantan, di sini semalam.

  Penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman.

  Turut hadir, Pengarah Kampus UIAM kampus Kuantan, Prof Dr Kamaruzaman Yunus dan Timbalan Pengarah Kampus, Prof Dr Samsul Draman.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman (dua dari kanan) dan Pengarah Kampus UIAM kampus Kuantan, Prof Dr Kamaruzaman Yunus (dua dari kiri) memeriksa  makanan percuma untuk penuntut UIAM kampus Kuantan.

  Siti Nurbayani yang belajar dalam jurusan kejururawatan berkata, dia bagi pihak 200 penuntut mengucapkan terima kepada MUIP dan MRA yang bermurah hati menyediakan makanan percuma setiap hari.

  Sementara itu, Dr Asmadi berkata, pihaknya menyediakan peruntukan khas sebanyak RM20,000 untuk menyediakan makanan percuma kepada 200 penuntut UIAM kampus Kuantan selama 20 hari.

  Menurutnya, bantuan makanan yang disediakan diharap dapat memberikan keselesaan pada penuntut yang sedang menumpukan pada aktiviti akademik sepanjang PKP.

  “Saya berharap penuntut UIAM kampus Kuantan berpuas hati dengan hidangan yang disediakan oleh MRA. Difahamkan antara juadah disediakan ialah nasi minyak, nasi lemak, mi goreng dan opor ayam.

  “MUIP sebelum ini turut mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada penuntut Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) yang tinggal di rumah sewa,” katanya.

  Bagi Dr Kamaruzaman, bantuan makanan yang disediakan MUIP dapat meringankan beban penuntut yang kini berada di asrama.

  “Saya bagi pihak UIAM kampus Kuantan mengucapkan terima kasih kepada MUIP sentiasa prihatin pada golongan penuntut pusat pengajian tinggi di negeri ini,” katanya.

Source: https://fikrahpahang.com.my/20...