Berita

Berita

UIAM JALANKAN PEMULIHARAAN DAN PENEMPATAN SEMULA RUMAH PERAK

UIAM JALANKAN PEMULIHARAAN DAN PENEMPATAN SEMULA RUMAH PERAK

Tarikh : 19 April 2018

Dilaporkan Oleh : syarel azill yaali

Kategori : News


Share

Gombak, 19 April - - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) melalui Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam (KAED) telah menjalankan projek pemuliharaan dan penempatan semula Rumah Perak yang berusia 111 tahun. Projek ini bermula pada Jun 2017 dan siap sepenuhnya pada Mac 2018.

Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim hari ini merasmikan Rumah Perak ini apabila segala kerja-kerja pemulihan telah lengkap di jalankan.

Projek penempatan semula Rumah Perak lama ini merupakan idea dari Tan Sri Dr. Rais Yatim sendiri agar senireka dan binaan buatan masyarakat Melayu dapat dipelihara dan dimajukan oleh institusi atau agensi di dalam negara seperti Universiti atau lain-lain agensi yang boleh memulihara dan menjaga khazanah ini.

Rumah Perak ini dikenalpasti sebagai Rumah Kutai Beranjung merupakan rumah lama yang pada asalnya terletak di Mukim Belanja, Parit, Perak. Menurut rekod, rumah lama ini dipercayai telah dibina sekitar tahun 1910an berdasarkan kepada dokumen tanah yang telah didaftarkan pada tahun 1907.

Pemilik asalnya dipercayai adalah seorang yang berpengaruh di kawasan tersebut kerana rumah kutai yang beranjung merujuk kepada ciri-ciri sebuah rumah pemimpin melayu dahulu.

Mengikut struktur binaan sesebuah rumah lama Perak, rumah ini mempunyai dua bahagian penting iaitu Rumah Anjung dan Rumah Ibu. Saiz Rumah Anjung ini mempunyai ukuran seluas 2.76-meter x 4.52 meter manakala bahagian Rumah Ibu pula yang berukuran 7.24 meter x 7.03 meter. Rumah ini pada dasarnya adalah diperbuat dari kayu chengal ini dan juga mempunyai sebuah bilik.

Proses kerja tersebut telah diketuai oleh Dekan KAED, Prof. Ar. Dr. Abdul Razak Sapian dan dibantu oleh sekumpulan pensyarah, kakitangan dan pelajar.

Bagi tujuan jangka panjang, pihak Kulliyyah telah menempatkan Rumah Perak ini di satu kawasan yang akan di wujudkan perkampungan ala melayu bersebelahan dengan sungai dikenali sebagai ‘KAED Malay Enclave Teaching Lab’. Kawasan ini kelak bakal menempatkan juga dengan dua atau tiga buah rumah melayu dari negeri-negeri yang lain seperti N. Sembilan, Pahang dan Selangor.

Apa yang diharapkan projek ini dapat dijadi sebuah struktur rujukan untuk para pelajar dan penyelidik yang berminat akan seni pembinaan rumah masyarakat melayu. Dengan adanya rumah ini, pihak Universiti boleh menjadikan Rumah Perak ini sebagai salah satu lokasi lawatan bagi pihak pelawat atau tetamu dari universiti luar negara.


Oleh: Roslan Rusly
Foto: Roslan Rusly & KAED
Corp Comm UIAM


Rumah Kutai


Rumah Kutai
Persembahan Silat Cekak
Sesi menanam pokok
Juadah istimewa
Support Staff
Rumah Kutai