Berita

Berita

PROGRAM YDP’S WALK 2021

PROGRAM YDP’S WALK 2021

Tarikh : 21 December 2021

Dilaporkan Oleh : Muhammad Aqil Asraf Bin Mohd Rosli

Kategori : News


Share

Laman Maharani, Muar, 12 DISEMBER 2021 –  Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Kampus Pagoh, telah menerima jemputan dari Majlis
Perbandaran Muar bagi menjayakan program YDP’s Walk 2021, bersempena
Festival Orang Muda Johor (OMJFest) 2021.

Rombongan ini, yang diketuai oleh Dr. Al Amirul Eimer Bin Ramdzan
Ali, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti,
bersama 8 kakitangan dan seramai 15 orang pelajar KLM Pagoh telah
menyertai program ini. Program ini dimulakan dengan YDP’s Walk dari
Laman Maharani ke Tanjung Ketapang. Seterusnya pelajar menyertai
aktiviti menanam pokok bakau di tanjung ketapang sempena Penanaman 100
Juta Pokok Peringkat Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Perhutanan.





Turut hadir ke program ini adalah Tuan Haji Mustaffa Kamal Bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar yang turut menyempurnakan majlis. Program seumpama ini menunjukkan UIAM Pagoh komited dalam memastikan hubungan libatsama komuniti dan dapat memupuk semangat kesedaran dan tanggungjawab di kalangan pelajar berkaitan kepentingan alam semula jadi.