Berita

Berita

Gotong-royong BUDI UIAM eratkan ukhuwah dengan penduduk kampung

Gotong-royong BUDI UIAM eratkan ukhuwah dengan penduduk kampung

Tarikh : 02 November 2018

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

WARTAWAN KAMPUS UOLS
1 November 2018

GOMBAK - Gotong-royong BUDI anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah pun diadakan di kawasan tanah perkuburan yang terletak di UIAM Gombak. Tanah perkuburan ini adalah kegunaan bersama kariah sekitar UIAM dan warga UIAM. Majlis dirasmikan oleh Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan.

Bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan.

Program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan ini mendapat kerjasama daripada penduduk kampung sekitar UIAM seperti kampung Sg.Pusu dan Kampung Gombak Utara.

Antara objektif penganjuran gotong-royong ini adalah untuk merapatkan lagi jurang di antara penduduk setempat yang ada di persekitaran kampus dan mengambil cakna permasalahan yang berlaku di kawasan kejiranan sekitar UIAM.

Rektor UIAM, menanam pokok sebagai simbolik pada pelancaran majlis.
Selain mengadakan gotong-royong, turut diadakan penanaman pokok untuk memberikan persekitaran yang agak redup berhampiran wakaf yang disediakan.

Selain itu juga, ia dapat merapatkan lagi ukhuwah warga UIAM yang terdiri daripada kakitangan pentadbiran, pensyarah dan para pelajar.

Rektor UIAM menyampaikan ucapan perasmian program gotong-royong tersebut.

Rektor UIAM menyampaikan ucapan perasmian program gotong-royong tersebut.

Menurut Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dalam ucapannya berkata, menerusi pelbagai program sebegini, pihak universiti sedikit sebanyak dapat membantu penduduk setempat melalui pelbagai cara dan pihak Universiti juga perlu sentiasa merapatkan ukhuwah dengan penduduk kampung sekitar kampus.

"Melalui kepakaran yang kita ada, kita dapat membantu penduduk sekitar kampus seperti mengadakan aktiviti bersama penduduk kampung dengan mengadakan program tuisyen,motivasi untuk anak-anak orang kampung.

Selain itu juga, apa sahaja program di dalam kampus juga kita boleh libatkan penduduk kampung bersama-sama mereka," katanya.

Hampir 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada warga UIAM dan penduduk kampung bersama membantu membersihkan kawasan perkuburan tersebut termasuk kesatuan-kesatuan sekerja UIAM. Dalam perancangan pada masa hadapan, program ini akan diadakan sekali pada setiap bulan.

Read more; https://kampusuols.com/article...