Acara

Acara

28
Oct
2021
Temasya Rekayasa Pantun & Pantoum (TERAP)

Temasya Rekayasa Pantun & Pantoum (TERAP)

Tarikh Mula : 28 Oct 2021   Tarikh Tamat : 28 Oct 2021

Lokasi : Zoom

Penganjur : KLM

Share


Sempena sambutan Hari Akademia, Jabatan Bahasa Melayu dengan kerjasama kelab Anjung Melayu UIAM Pagoh akan menganjurkan Temasya Rekayasa Pantun & Pantoum (TERAP). Temasya ini akan berlangsung pada 28 Oktober 2021 (Khamis) bermula jam 9 pagi hingga 11.30 pagi melalui aplikasi Zoom.

TERAP dianjurkan untuk memartabatkan seni warisan berpantun dalam kalangan ahli akademik agar tidak hilang ditelan zaman. Di samping itu, bacaan Pantoum turut dipersembahkan oleh sekumpulan pelajar bersama tenaga pengajar yang menggunakan bahasa Perancis. Pastinya, persembahan dua bahasa dalam satu program mampu menghiburkan pagi anda!