Pengumuman

Pengumuman

RUANG PERNIAGAAN DI KULLIYYAH OF LANGUAGES AND MANAGEMENT (KLM) IIUM KAMPUS PAGOH

RUANG PERNIAGAAN DI KULLIYYAH OF LANGUAGES AND MANAGEMENT (KLM) IIUM KAMPUS PAGOH

Tarikh : 05 November 2018

Dilaporkan Oleh : Mohamad Hazim Bin Selamat

Kategori : Announcements


Share

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat bertaraf BUMIPUTRA SAHAJA yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang mana pendaftarannya masih sah laku untuk kontrak mengurus perkhidmatan berikut di Kuliyyah of Languages and Management (KLM) dan Mahallah (kolej kediaman pelajar), INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM), KAMPUS PAGOH. (KEUTAMAAN ADALAH KEPADA KOMUNITI SEKITAR PAGOH, MUAR DAN PANCHOR). 

LOKASI RUANG NIAGA

KONSEP PERNIAGAAN

KOD BIDANG

KLM LOT 1

Medan Selera (Nasi campur)

Makanan: 040103

Minuman: 040102

KLM LOT 2

Medan Selera (Nasi campur)

Makanan: 040103

Minuman: 040102

Mahallah Zaid -LOT 2

Kedai pencetakan dan Fotokopi

222010, 221612, 221613

Mahallah Zaid -LOT 3

Kedai Serbaneka

040102, 020401, 020402,020403, 020601


  1. Taklimat WAJIB bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, International Islamic University Malaysia Kampus Pagoh akan diadakan pada 15 November 2018 pukul 10.00 pagi. Syarikat tuan/puan tidak akan disenarai pendek sekiranya GAGAL menghadiri Sesi Taklimat.
  2. Syarikat tuan/puan WAJIB mempunyai SIJIL ASAL PENDAFTARAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF).
  3. Kertas cadangan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta bertanda kod premis di sebelah kiri bahagian atas sampul surat dan dihantar ke kaunter pejabat di alamat berikut sebelum atau pada 12:00 t/ hari, 26 November 2018 :-

Kulliyyah of Languages and Management

International Islamic University Malaysia (IIUM) Pagoh Edu Hub

KM 1, Jalan Panchor,

84600, Pagoh, Muar,

Johor Darul Takzim,

Malaysia.


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 06- 974 2711/06-9742603/06-9742604.