الأخبار

الأخبار

Negara perlu akta khusus lindungi institusi beraja

Negara perlu akta khusus lindungi institusi beraja

التاريخ : 11 January 2019

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

KUALA LUMPUR - Akta baharu bagi melindungi institusi beraja daripada dihina dan dipersenda perlu digubal kerana undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan tidak berperanan khusus bagi tujuan berkenaan.

Pakar Undang-Undang, Prof. Dr. Ahmad Murtadha Mohamed berkata, Akta Hasutan lebih menjurus kepada aspek keselamatan dalam negeri dan bukannya melindungi institusi beraja secara khusus. "Kita perlukan satu akta baharu yang berperanan sedemikian (melindungi institusi beraja) seperti mana yang terdapat di negara Thailand.

"Institusi beraja itu sebahagian daripada perlembagaan dan Rukun Negara. Kalau hina raja-raja bererti seseorang itu telah menghina Perlembagaan Persekutuan
dan Rukun Negara," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz berkata, hasrat kerajaan itu membuktikan keprihatinan terhadap institusi beraja.

"Kita ada undang-undang khusus bagi membendung perbuatan tersebut iaitu
Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

"Buat masa terdekat ini, perkasakan dulu daripada sudut penguatkuasaan. Apabila terbukti ia sukar dilaksanakan, buatlah undangundang baharu. "Buat masa ini tidak perlu gubal akta baharu, sebaliknya perbaikilah undangundang sedia ada," katanya.