الأخبار

الأخبار

Duta Jepun dilantik Ahli Lembaga Gabenor UIAM

Duta Jepun dilantik Ahli Lembaga Gabenor UIAM

التاريخ : 21 November 2018

المحرر : dsh

الفئة : News


Share

KUALA LUMPUR – Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa, dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Gabenor (BOG), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pelantikan tersebut berkuatkuasa selama dua tahun mulai 1 November 2018 hingga 31 Oktober 2020.

Surat pelantikan telah disampaikan oleh Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak di Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur pada 19 November lalu.

xWhatsApp-Image-2018-11-21-at-9

Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak menyerahkan surat lantikan kepada Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Dr. Makio Miyagawa pada pertemuan di Kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Miyagawa dilantik untuk mewakili institusi, badan dan entiti yang dihormati seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan UIAM.

Beliau yang dilahirkan pada 6 Januari 1965 menjadi Duta ke Malaysia sejak 2014 dan beliau adalah pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Hubungan Antarabangsa dan Undang-undang dari Universiti Oxford, United Kingdom pada tahun1989.

Pelantikan Dutu Jepun itu sebagai salah seorang Ahli Lembaga Gabenor UIAM diharap dapat membantu UIAM untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang ilmu dari universiti-universiti terkemuka di Jepun.

Selain itu, ia juga membuka peluang dan ruang kepada UIAM untuk menjalinkan kerjasama terutama dalam bidang teknologi dan halal yang boleh diguna pakai dan selaras dengan dasar pandang ke Timur yang boleh dijadikan penanda aras kepada hubungan dua hala Malaysia-Jepun dalam bidang pendidikan. – MalaysiaGazette


Source: http://malaysiagazette.com/blo...