الأخبار

الأخبار

Congratulations to Br. Muhammad Hanif Bin Naim for being the Champion of Pertandingan Pidato dan Deklamasi Sajak Patriotik 2018

Congratulations to Br. Muhammad Hanif Bin Naim for being the Champion of Pertandingan Pidato dan Deklamasi Sajak Patriotik 2018

التاريخ : 25 November 2018

المحرر : Mohamad Hazim Bin Selamat

الفئة : News


Share

CONGRATULATIONS

Kulliyyah of Languages and Management

Wish to congratulate

Br. Muhammad Hanif Bin Naim,

2nd year student of Arabic for International Communication

On his winning the 1st Place in

Pertandingan Pidato dan Deklamasi Sajak Patriotik 2018

28 October 2018, Sunday

UniKL, MITEC, Pasir Gudang Johor


Oleh: Mohamad Suhaizi Suhaimi

Pertandingan Deklamasi Sajak Patriotik yang dianjurkan oleh Kelab Generasi Ta’zim UniKL MITEC berjaya menempatkan Muhammad Hanif Bin Naim, pelajar tahun kedua Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa, Fakulti Bahasa dan Pengurusan, UIAM, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, selaku juara pertandingan tersebut. Beliau menewaskan tujuh peserta yang lain, masing-masing dari UMP, UTM, UPSI serta dari tuan rumah sendiri, UniKL MITEC.

Pertandingan yang julung kali dianjurkan ini berlangsung pada hari Ahad, 28 Oktober 2018 bertempat di Dewan Kuliah Darul Takzim, UniKL MITEC Pasir Gudang Johor. Selain daripada pertandingan ini, turut diadakan pertandingan pidato yang menampilkan dua kategori berbeza iaitu kategori sekolah dan kategori IPT.

Sehubungan itu, juara pertandingan membawa pulang sebuah trofi beserta wang tunai berjumlah RM300 tunai. Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dari UMP dan UniKL turut membawa pulang trofi beserta wang tunai berjumlah RM200 dan RM100.

Karya yang bertajuk ‘Akidah Merdeka yang Kudus’ hasil nukilan sendiri saudara Hanif telah  berjaya menambat hati para juri selari dengan tujuan pertandingan ini dianjurkan iaitu menyemai semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Diharapkan agar kejayaan ini menjadi pemangkin semangat dan inspirasi kepada pelajar yang lain khususnya dalam program yang melibatkan patriotisme dan nasionalisme sebagai rakyat Malaysia.